Melalui Wakaf Media, setiap wakaf akan digunakan bagi pembangunan dan penerbitan program Islamik di TV AlHijrah, dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia.
TV AlHijrah melancarkan inisiatif Wakaf Media dengan menawarkan peluang kepada masyarakat untuk menyumbang serendah RM1, sekali gus menyasarkan transformasi stesen penyiar itu sebagai Pusat Wakaf Media Negara dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Inisiatif dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) itu bertujuan memperkasakan kandungan dakwah digital dan memastikan keberlangsungan program agama agar dapat dinikmati secara berterusan oleh umat Islam di pelbagai platform.
Anda boleh membuat pindahan wang ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di Bank Islam melalui nombor akaun:
Anda juga boleh berwakaf melalui Sistem Waqaf Tunai Malaysia dan pilih produk wakaf TABUNG DANA WAKAF MEDIA. Kemudahan potongan gaji turut disediakan bagi memudahkan sumbangan anda secara konsisten.
Langkah 1
Daftar dan log masuk Sistem Wakaf Tunai Malaysia
Langkah 2
Klik Profil (Nama Penuh Pendaftar) dan Pilih Maklumat Pewakaf
Langkah 3
Pilih Potongan Gaji dan lengkapkan maklumat permohonan berwakaf melalui potongan gaji