Alhijrah Media Corporation

info@tvalhijrah.com

Visi & Misi
TV AlHijrah

Visi


Menjadi penyiar yang mendidik, menghibur dan menyatupadukan Ummah, melalui siaran dan penerbitan kreatif, berkualiti dan universal yang berlandaskan Islam, sesuai dan relavan untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa.


Misi


Menjadi stesen TV berkonsep Islam pertama dan terunggul di Malaysia yang menyiarkan kandungan berkualiti dan kreatif, serta mengajak masyarkat melakukan penghijrahan berterusan ke arah kebaikan dalam semua aspek kehidupan. Misi ini akan dicapai melalui;

1. Penyediaan kandungan berbentuk majalah, dokumentari, drama, berita, ehwal semasa, hiburan dan riadah berlandaskan prinsip Islam dan nilai sejagat.

2. Memastikan kandungan menarik, bermaklumat serta sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

3. Menggunakan teknologi transmisi, penyiaran dan IT yang terkini serta menyalurkan kandungan dalam pelbagai platform.

4. Pengurusan yang profesional, berakhlak, telus, berintegri, dinamik dan kreatif

5. Polisi, prosedur dan proses kerja yang efisen, efektif dan menepati amalam “best practices”.

6. Pembangunan modal insan yang berterusan bagi mengharungi industri media yang dinamik.

7. Perikatan strategik dengan pelbagai pihak dengan konsep “win-win”.

8. Penyediaan pakej penajaan dan pemasaran yang inovatif dan kreatif.

9. Memperkenalkan sistem prestasi syarikat yang memberi ganjaran dan imbuhan kepada kakitangan yang cemerlang.