Alhijrah Media Corporation

info@tvalhijrah.com

Pengerusi Lembaga Pengarah
TV AlHijrah

Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron

Pengerusi Lembaga Pengarah
TV AlHijrah

Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah TV AlHijrah berkuatkuasa 18 Mei 2023.


Beliau merupakan Pengarah di Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan berpengalaman luas dalam industri buku di Malaysia serta luar negara. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) pada tahun 1990 dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Perbandingan (MCL) pada tahun 1991. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Ekesekutif di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) selama 11 tahun dari Disember 2007 hingga Oktober 2018. Sebelum mencurahkan khidmat di ITBM, beliau adalah Pensyarah Undang-Undang dan Timbalan Dekan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama 17 tahun.


Beliau juga pernah dan kini sedang menyandang beberapa jawatan penting dalam organisasi seperti Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kota Buku Kuala Lumpur, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (PENA), Ahli Lembaga Penubuhan Akademik Antarabangsa Pengajian Arab (IAFAS) UMK, Penasihat Kelab Debat Bahasa Melayu, Alumni UIAM dan Ahli Jawatankuasa Pengajian Akademi, Pengajian Melayu Universiti Malaya.


Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron memiliki nilai ketokohan, pengalaman, kepakaran dan keupayaan yang tinggi untuk merealisasikan visi dan misi penyiaran stesen ini untuk menyatupadukan ummah dengan ilmu selari dengan Pelan Transformasi Al-Falah yang diperkenalkan oleh YB menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam usaha menjayakan inisiatif kerajaan Malaysia bagi mewujudkan masyarakat Malaysia MADANI.