Alhijrah Media Corporation

info@tvalhijrah.com

Nilai-Nilai
Penyiaran

NILAI-NILAI PENYIARAN
Sebagai stesen televisyen Islam pertama yang mempromosikan Islam sebagai gaya hidup, TV AlHijrah memainkan peranan penting sebagai wadah perkongsian ilmu, maklumat dan buah fikiran Islam untuk dikongsi bersama penonton. Malah TV AlHijrah menjadi perintis stesen digital berdefinisi tinggi (HD) dalam industri penyiaran tempatan.


TV AlHijrah menawarkan pelbagai program baharu dan perkongsian yang memenuhi keperluan penonton masa kini. Setiap kandungan dibangunkan dan dihasilkan dengan teliti bukan sahaja untuk menarik perhatian penonton melalui karya produksi dan hasil yang kreatif. Pada masa yang sama, menyemai nilai-nilai murni dalam membentuk masyarakat Malaysia mengikut etika Islam. Semua kandungan yang disiarkan oleh TV AlHijrah diolah berdasarkan nilai-nilai Islam seperti:


• Kejujuran
Berpegang teguh kepada ajaran dan prinsip Islam, pada masa yang sama menghormati pelbagai budaya dan tradisi tempatan yang tidak menyalahi agama, serta berpegang kepada ketinggian akhlak dan nilai sejagat.


• Keterbukaan
Meraikan ilmu dan idea inovatif serta menghormati kepelbagaian pandangan. Dengan mengutamakan perpaduan dan mencari penyelesaian melalui ilmu dan maklumat, al-Quran dan al-Hadis dijadikan rujukan utama.


• Progresif
Menggalakkan perbandingan idea yang mampu meningkatkan paradigma dan penyerapan teknologi baharu khususnya dalam bidang penyiaran, sekali gus menawarkan inovasi pada medium pelbagai platform dan media baharu.


• Relevan
Mengekalkan konsep sentiasa mengikuti perkembangan terkini di peringkat tempatan dan antarabangsa serta menyediakan kandungan yang berkaitan.