Alhijrah Media Corporation

info@tvalhijrah.com

Ketua Pegawai Eksekutif
TV AlHijrah

Tuan Haji Namanzee Harris

Ketua Pegawai Eksekutif
TV AlHijrah

Tuan Haji Namanzee Harris merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah semenjak 1 Julai 2019. Beliau yang merupakan anak kelahiran Johor ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) dari Universiti Putra Malaysia dan memiliki 16 tahun pengalaman di dalam dunia penyiaran serta mempunyai latar belakang kukuh dalam bidang media. Beliau telah diberi kepercayaan untuk mengemudi pengurusan stesen TV AlHijrah sehingga ke hari ini dengan objektif menyatupadukan ummah dengan ilmu.


Kerjaya beliau di dalam industri penyiaran bermula pada tahun 2004 apabila beliau menyertai All-Asia Satellite Television and Radio Operator (Astro) sebagai pembantu penerbitan sehinggalah menyandang jawatan terakhir di organisasi media tersebut sebagai Ketua Jabatan Strategi Kandungan & Inovasi. Sepanjang pengalaman di Astro, beliau pernah menyandang jawatan Pengurus Saluran bagi Astro Prima dan Astro Oasis.