Apa itu Bincang Niaga?
Sebuah inisiatif kempen TV AlHijrah secara berkala bagi memperkasakan usahawan dan komuniti perniagaan, terutama perniagaan usahawan kecil dan sederhana (SME) di seluruh negara dengan menawarkan pakej pengiklanan yang lebih berbaloi dengan kos lebih rendah daripada biasa.
Kempen TV AlHijrah terbahagi kepada dua – Kempen pakej iklan dengan harga berbaloi dan kempen dengan pengisian acara dan program lapangan yang menampilkan rancangan TV khas, Bincang Niaga. Program berkenaan membincangkan isu-isu perniagaan terkini, cabaran ekonomi, serta kisah kejayaan usahawan yang dikongsi oleh pakar industri dan tokoh perniagaan berpengalaman.