Kerjaya @ Tv AlHijrah 
kerjayatitle-(1).jpg

AlHijrah Media Corporation pengendali stesen TV Alhijrah adalah sebuah syarikat jaminan Kerajaan Malaysia dibawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kami menyajikan teknologi penyiaran yang canggih dengan menjadi Stesen TV Percuma yang berfungsi sepenuhnya dalam teknologi Digital dan Aplikasi Penyiaran Definasi Tinggi yang pertama di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan syarikat, kami sedang mencari calon-calon yang berkelayakan dan berbakat untuk menyertai pasukan TV AlHijrah.


Peluang pembangunan kerjaya dalam syarikat yang sangat baik. Kami juga menawarkan pakej imbuhan yang menarik kepada calon-calon yang layak. Pemohon yang berminat hendaklah menghantar resume lengkap mereka menyatakan gaji semasa dan dipohon bersama-sama dengan foto saiz pasport (tidak dikembalikan) kepada:
 
Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
ALHIJRAH MEDIA CORPORATION (TV ALHIJRAH)
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
 
Tel           : 03-2260 1600
Fax          : 03-2260 1566
E-mail     : jobs@tvalhijrah.com
Website : www.tvalhijrah.com
 
*Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

 EKSEKUTIF / SPECIALIST ( WEBMASTER / PROGRAMMER )

Tanggungjawab:

-Bertanggungjawap dalam membangunkan website, sistem dan pengaturcaraan menggunakan PHP / HTML / ASP / JSP.

-Menyediakan pelan dan strategi teknikal sebagai pentadbir e-dagang dan mampu untuk melaksanakan pengurusan kandungan dan pengurusan media maklumat untuk bahagian media baru.

-Menguruskan Webserver Linux Dan Windows (Terminal / Cpanel / Plesk).

-Mengemaskini dan memastikan keselamatan website dan server dalam keadaan baik.

-Mewujudkan ‘Standard Operation Procedures’ promosi dalam menyokong laman web untuk menjadi teratas dalam senarai enjin carian.

-Menyediakan pelan dan strategi untuk memastikan produk dan perkhidmatan Media Baru dijaga pada setiap masa dengan jelas.

-Membantu Ketua Unit dalam menguruskan kandungan dan maklumat media untuk penerbitan e-dagang dan prosedur yang jelas serta mematuhi peraturan berkanun.

-Membantu untuk menyediakan khidmat perundingan yang berkaitan dengan komunikasi web dan teknologi Media Baru.

-Membina sistem untuk membantu syarikat dalam memudahkan kerja harian.

Kelayakan:

-Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Kejuruteraan, Pemasaran (E-Dagang), Multimedia Kreatif atau yang setaraf ( Mahir dalam pengaturcaraan website )

-Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman berkaitan Pengaturcaraan Dan Server Windows & Linux

-Berpengalaman luas dalam PHP / ASP Dan mahir dalam menggunakan CMS ( Wordpress, Joomla, Drupal Dan Sebagainya ) (WAJIB)

-Pengetahuan dalam membina module dan plugin wordpress / menggunakan PHP (WAJIB)

-Pengetahuan dalam membangunkan sistem mobile menggunakan IONIC / ANGULAR.JS / Android & iOS

-Baik dari segi penulisan dan komunikasi bahasa Melayu dan Inggeris

-Mempunyai personaliti yang baik

-Mampu bekerja dalam berkumpulan

*Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

*Tarikh Tutup : 16 Januari 2017

 LATIHAN INDUSTRI

Bagi pelajar IPT dan IPTA yang berminat untuk menjalani latihan industri di TV Alhijrah Media Corporation, sila emelkan maklumat peribadi (resume), surat pengesahan dari Universiti serta transkrip penuh ke emel:

internship@tvalhijrah.com

*Hanya penghantaran dokumen yang lengkap saja akan dilayan.

bicara hati

bicara-hati-banner-(2).jpg

iklan@tvalhijrah
Kembali ke atas