Intipati Program

TV AlHijrah  menawarkan kandungan yang segar serta program yang memenuhi keperluan penonton masa kini. Setiap kandungan diteliti dan dikembangkan bukan sahaja untuk menarik perhatian penonton melalui penerbitan yang kreatif, tetapi mengutamakan citarasa semasa yang berlandaskan Islam.

Paling penting semua kandungan yang disiarkan berdasarkan nilai-nilai Islam yang berpaksi kepada:

Kejujuran

Tegas berpegang kepada ajaran dan prinsip Islam, pada masa yang sama menghormati budaya dan tradisi setempat yang tidak menyalahi agama, sekaligus berpegang pada ketinggian akhlak dan nilai-nilai murni sejagat.

Keterbukaan

Meraikan ilmu dan idea berinovasi dan juga menghormati kepelbagaian pandangan. Mengutamakan perpaduan dan mencari penyelesaian melalui ilmu dan maklumat. Al Quran dan Hadis sebagai rujukan utama.

Progresif

Menggalakkan perbandingan idea yang mampu mengangkat paradigma dan penyerapan teknologi baharu terutamanya dalam bidang penyiaran. Menawarkan inovasi dalam medium multi platform dan media baru.

Relevan

Kekal terkini dengan tren baharu di peringkat tempatan dan antarabangsa. Memiliki kandungan yang relevan dengan perkembangan semasa dan situasi dengan menggunakan pendekatan yang mesra dan interaktif.


Pautan @TVAlhijrah

Kembali ke atas